
Sulit
4 tahun
8bulan x datang haid
Salam sejahtera doctor, apakah normal tidak datang haid hampir 8 bulan setelah stop cucuk ubat perancang? Sebelum mengandung dan melahirkan kitaran haid saya normal. Mohon pencerahan, terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tidak datang haid selama 8 bulan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, secara umum, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut daripada anda dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!