
Anonymous
6 tahun
Abnormal vaginal discharge
Saya wanita berumur 26 tahun. Saya mengalami keputihan yang kadang kala berwarna kuning dan berbau hanyir seperti ikan. Apabila saya bersama dengan suami, bau semakin teruk. Saya tak mengalami gatal-gatal. Saya telah berjumpa doktor. Doktor telah berikan diflucan dan aecoras. Saya dah makan dan keputihan berbau masih tidak kurang. Apa perlu saya lakukan doktor? Apakah saline douch boleh membantu?

6 tahun
Salam sejahtera. Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan keputihan bersama-sama dengan bau yang kurang selesa di faraj.
Salah sejenis jangkitan yang menyebabkan simptom-simptom anda adalah vaginosis bakteria. Ia menyebabkan keputihan yang cair yang kelihatan seperti susu. Ia juga menyebabkan bau yang hanyir yang boleh menjadi lebih ketara selepas hubungan seksual. Jangkitan ini disebabkan oleh gabungan beberapa jenis bakteria di dalam faraj yang menjadi terlampau berlebihan apabila keseimbangan pH faraj terganggu.
Jangkitan lain yang juga menyebabkan simptom-simptom anda adalah trichomoniasis yang disebarkan melalui hubungan seksual. Jangkitan ini menyebabkan keputihan yang berwarna kuning-hijau, berbuih dan berbau busuk. Penyakit-penyakit lain yang menyebabkan keputihan termasuk jangkitan yis serta jangkitan seksual seperti Chlamydia atau Gonorrhoea. Walau bagaimanapun, jangkitan-jangkitan ini tidak biasanya menyebabkan keputihan yang berbau.
Bagi bau yang tidak selesa pula, sebab-sebab lain termasuk kebersihan yang kurang memuaskan dan tampon yang tertinggal di dalam faraj.
Rawatan adalah berbeza bagi penyakit-penyakit yang berlainan.Oleh itu, anda patut diperiksa oleh doktor untuk mengenalpasti penyakit anda untuk menerima rawatan yang paling sesuai. Sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.