
Sulit
5 tahun
Accutane or supplement for acne?
Hi doktor. Saya berumur 22 tahun. Saya mula mengalami masalah jerawat since form 4 (2013), dan pernah ke pakar kulit swasta. Pakar bagi saya ubat accutane i think, ubat tu light purple. Saya perlu makan untuk 6 bulan & kalau dah okay, stop. So after 6 months, muka dah okay, saya stop. Suddenly, when i was 19 (2016) jerawat naik balik until now 22 (2019). I refused to continue the accutane since i think it has side effect which can cause someone mandul? Or is it okay? Or should i go for any supplement but i think supplement can also give negative effect to our body. Please help me, dr. Should i just continue with the accutane or supplement?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat Accutane mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai Isotretinoin yaitu sejenis retinoid. Ubat ini diberikan tersedia dalam dua bentuk yaitu ubat makan dan ubat. Accutane biasanya digunakan untuk merawat masalah jerawat yang parah dan tidak responsif. Accutane bekerja dengan engurangkan saiz kelenjar sebaceous dan menghalang pengeluaran sebum. Dengan berkurangnya produksi sebum, pembentukan jerawat akan berkurang dan parut jerawat tidak akan terjadi.
Antara kesan sampingan yang sering terkait dengan penggunaan ubat ini adalah:
- Erythema - kemerahan
- Pengelupasan kulit
- Sensasi menyengat
- Gatak-gatal
- Iritasi
- Kulit kering
- Tumbuh rambut berlebihan
- Photosensitivity
- Pigmentasi kulit
- Masalah kuku
- Peningkatan peluh
Sebetulnya, belum ada cukup kajian yang membuktikan bahawa penggunaan accutane sistemik (secara makan) dapat memberi kesan terhadap ketidaksuburan. Justeru, sekiranya ubat ini sesuai untuk anda, terdapat pilihan ubat sediaan topikal untuk disapukan yang boleh digunakan. Bagaimanapun, anda dicadangkan untuk mendapatkan konsultasi dan preskripsi doktor. Hal ini kerana, ubat ini, walaupun ubat sama dapat merbahaya terhadap janin dalam kandungan.
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih