
Sulit
5 tahun
Acid folid & kandungan
Saya berumur 23 tahun, saya sudah mengandung 9 minggu tetapi masalah skrg ini bila saya nak makan acid folid je mesti muntah balik, habis ubat tu keluar apa patut saya buat doktor? Saya risau dengan baby dalam kandungan saya sangat2… harap doktor dapat membantu saya, dah 2 ubat saya tukar kerana tidak sesuai untuk saya , sekarang saya makan zincofer mesti muntah keluar ubat balik. Patut ke saya makan zincofofer semula?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, Folik asid penting untuk perkembangan sistem saraf bayi dalam kandungan dan diberikan kepada para ibu hamil. Komplikasi asid folik yang tidak mencukupi dalam badan ibu hamil adalah spina bifida.
Memandangkan anda akan muntah selepas mengambil pil tersebut, saya sarankan anda untuk mengambilnya sebelum tidur agar sewaktu tidur hilang rasa loya dan hendak muntah anda. Selain itu, zincofer kebiasaannya membuatkan wanita hamil muntah kerana rasa iron nya yang kuat. Saya sarankan anda membeli supplemen iron di farmasi jenama lain. Namun, pastikan dos tersebut mencukupi.
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut daripada pihak farmasi atau doktor pakar tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pil asid folik, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.