
Sulit
5 tahun
Ada bengkak di pangkal zakar
Saya lelaki 29 tahun, tapi saya x pernah melakukan sek bebas

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala bengkan pada pangkal zakar anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kista kulit (Cyst)
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
- Herpes genital - selain hubungan seks, jika pernah selesema kebelakangan ini dan menyentuh kemaluan selepas selesema juga boleh menjadi salah satu faktor
- Jika anda mempunyai isteri, kemungkinan jangkitan ketuat oleh virus HPV (mungkin isteri tidak dapt suntikan HPV)
- Jangkitan kulit seperti jangkitan kuman/kulat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.