
Sulit
5 tahun
Ada berjumpa pesakit COVID-19 & sekarang mula rasa tak sihat, sakit tekak, batuk, sakit kepala, etc
Saya wanita berusia 33tahun & mempunyai 2 anak. Pada Isnin (16 Mac) seorang pesakit COVID-19 telah datang ke pejabat kami dan dia disahkan positive COVID-19 pada hari yang sama. Hari ini (19 Mac) saya mula merasa tidak sihat. Batuk, bersin, selsema, sakit tekak & sakit kepala tetapi belum demam. Sedikit susah untuk bernafas (mengah) tetapi tak teruk. Boleh kah saya ke klinik biasa untuk mendapatkan rawatan & ubat? Adakah saya berisiko mendapat COVID-19? Adakah anak-anak saya juga berisiko jika saya dijangkiti?
Jika saya perlu home quarantine, bagaimanakah saya boleh mendapatkan surat doktor? Ini kerana pejabat saya masih dibuka & saya perlu bekerja. Surat doktor atau sijil sakit diperlukan jika saya perlu cuti sakit. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Seperti yang anda sedia maklum, gejala COVID-19 ini adalah umum dan sangat berkait rapat dengan penyakit lain. Oleh itu, sukar untuk membezakan sebab gejala yang anda hadapi dengan hanya mengetahui simptomnya sahaja.
Selain COVID-19, gejala selsema sakit tekak dan batuk boleh disebabkan masalah kesihatan lain. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
- Radang tekak
- Radang tonsil
Oleh kerana itu, penilaian risiko diperlukan bagi membantu membuat keputusan. Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi.
Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda supaya tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Semoga dengan kerjasama semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ianya semakin parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini