Anonymous
6 tahun
Ada bintik bintik kecil berwarna merah di tepi hidung
Saya gadis berumur 19 tahun mengalami bintik bintik kecil berwarna merah dan tidak selesa . Apakah ia berbahaya . Saya juga mengalami sakit belakang badan di ekor tulang . Dulu saya pernah terlibat dalam satu kemalangan dan saya jatuh terduduk . Kawasa ekor tulang sangat sakit tetapi bila berjumpa doktor , mereka kata tiada apa yang berlaku . Jadi baru baru ini saya berjumpa doktor semula kerana terasa sakit yang amat di ekor tulang saya , jawapan juga sama . Apakah sebabnya ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit belakang berlakunya hal ini.Antaranya ialah:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





























