
Sulit
4 tahun
Ada bintik bintik merah pada langit dalam mulut saya. Adakah itu adalah tanda covid 19 yang saya tengah alami?
Saya student. Saya tidak mengalamai apa2 gejala dan saya tidak keluar ke mana mana. Tapi saya dapati ada bintik bintik merah pada langit dalam mulut. Saya mahu bertanya adakah itu tanda covid19? Setelah saya google search, sy dapati itu merupakan tanda yg terdapat di Spanyol. Di Malaysia, sudah wujudkah simptom ini sbg tanda covid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda pada masa ini, lebih-lebih lagi semasa pandemik COVID-19. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah bintik-bintik di dalam mulut anda:
- Penyakit Crohn
- Ulser mulut
- Jangkitan (bakteria, virus atau kulat)
- Masalah dengan sistem pembekuan darah
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Kami sarankan anda untuk memantau gejala yang anda sedang alami pada masa ini dan segera menghubungi pihak kesihatan sekiranya anda mempunyai gejala-gejala yang disebutkan di atas.
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai gejala sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Mengenai simptom gatal-gatal tangan yang dinyatakan oleh anda di ruangan soalan, kami memerlukan maklumat lebih jelas daripada anda sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link (Screening COVID). Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini