
Sulit
5 tahun
Ada bunyi di denyutan di pusat…Ada hamil
Saya dah lama menanti setiap Kali gagal… skrg risau tetapi keluar coklat rasa macam mana period.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya kurang jelas dengan penerangan anda di atas. Akan tetapi, masalah spotting (keluar cecair coklat) ini boleh disebabkan oleh banyak sebab. Antaranya:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.