
Anonymous
2 tahun
Ada gelembung air pada bibir zakar kanak-kanak
Anak lelaki saya sejak kecil ada mcm gelembung air pada bibir zakar. Sampai sekarang pun ada. Sekarang umur 7 tahun. X pasti dlm benjolan itu ada air atau tidak. Kencing x sakit. Sy rasatidak sakit sb klu sakit mesti dia menagdu sakit sb dah lama. Jenis benjolan apa tu doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Mungkin gelembung itu disebabkan oleh papilla disebabkan oleh keradangan. Kadangkala lapisan kulit penghujung zakar menjadi kering dan menggerutu dan ada gelembung atau bintik merah dikenali sebagai ‘papilla’ yang kelihatan banyak jika keradangan ketara
Papilla ialah penghujung urat saraf terdedah yang timbul apabila tertekan seperti dalam keadaan radang.
Namun, untuk membuat diagnosis tepat dan membuat kesimpulan, maklumat lanjut diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.