
Anonymous
5 tahun
Ada ketulan di bahagian vagina vulva
2 minggu lepas saya perasan ada ketulan keras di bahagian kiri vagina. Dan besar lebih kurang sebesar telur burung puyuh. Ketulan tersebut tidak sakit. Cuma kalau tekan kuat tu rasa sakit sikit. Tiada timbul nanah atau sebagainya di bahagian luar kulit. Dalam vagina juga tiada apa2
Saya risau sudah makan antibiotik untuk 7 hari tapi tiada sebarang perubahan. Antibiotik dari klinik kesihatan dari klinik kerajaan. Hari ni saya mulai demam. Saya rasa takut
Adakah saya perlu sambung untuk makan antibiotik. Antibiotik cloxacilin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, antara punca yang boleh menyebabkan benjolan tersebut adalah:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mengetahui punca demam dan benjolan anda serta keperluan antibiotik yang anda ambil. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.