
Sulit
4 tahun
Ada ketulan kecik pada bahagian tepi dubur
Assalamualaikum, saya seorang gadis berumur 24tahun. Dlm beberapa bulan lepas, saya ada berak. Then najis tu terlalu besaq smpaikan bahagian dubur saya terluka. And skrg dlm minggu lepas saya ada perasan naik ketulan2 pada bahagian berdekatan bahagian tepi dubur saya. Dan skrg semakin banyak. Boleh saya tahu apa punca? And bagaimana nk hilangkan?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ketulan kecil pada bahagian dubur mempunyai pelbagai punca dan boleh disebabkan oleh:
- Buasir
- Penyakit Chron’s
- Penyakit jangkitan seksual
- Anal fissure
- Keradangan kulit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah tersebut merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar bedah (General Surgeon) mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.