
Sulit
5 tahun
Ada melakukan hubungan 2 minggu lepas, risau jangkitan hiv
Saya ada melakukan hubungan seksual sejenis dengan pasangan 2 minggu lepas, adakah saya terdedah risiko jangkitan hiv? Saya ada test menggunakan rapid test tetapi result dia negatif, tetapi simptom2 seperti sakit kepala, demam, loya, gelisah saya ada alami, adakah jika rapid rest menunjukkan negatif, adakah simptom2 tadi disebabkan hiv? Atau bila rapid test menunjukkan positif baru simptom2 hiv muncul.?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, penyakit HIV adalah sejenis penyakit kronik yang mana gejalanya muncul agak lewat. Apabila gejala mula muncul, ujian rapid test selalunya positif. Ia mengambil masa beberapa tahun untuk gejala HIV muncul.
Anda dinasihatkan untuk tidak bertukar-tukar pasangan kerana itu adalah faktor risiko kepada penyakit berjangkit seperti HIV. Jika anda selalu bertukar-tukar pasangan sebelum ini atau pernah bersama individu yang dijangkiti, anda dinasihatkan untuk kerap ke klinik atau hospital bagi memantau status kesihatan anda.
Penyakit seperti HIV kini mempunyai ubat yang baik bagi mengawal penyakit ini dari menjadi parah.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.