
Anonymous
6 tahun
Ada penyakit kencing manis, dan zakar mula kurang keras
Saya ada pnyakit kencing manis, zakar mula kurang keras bila bersama isteri…

6 tahun
Salam. Terima kasih kerana menghubungi kami. Pada pandangan saya, anda berkemungkinan besar mengalami erectile dysfunction (ED) yang lebih dikenali sebagai mati pucuk.
Pakar perubatan mendapati 35-75% pesakit kencing manis (diabetes) mengahadapi masalah ED. Lelaki yang menghidapi diabetes mengalami masalah ED 10 hingga 15 tahun lebih awal daripada mereka yang tidak ada diabetes. Risiko ED juga bertambah dengan usia yang semakin meningkat. Malahan, ada pesakit diabetes yang menghidapi ED sebelum diagnosis diabetes dibuat oleh doktor.
Dalam kalangan pesakit diabetes, saraf dan saluran darah sering terjejas kerana tahap gula yang terlampau tinggi. Situasi ini bertambah buruk jika pesakit kerap gagal mencapai sasaran tahap gula yang diberikan oleh doktor. Selain daripada diabetes, penyakit lain seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung juga boleh menjadi punca ED.
Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah ED. Penggunaan ubat seperti sildenafil (Viagra, Iqnyde) dan tadalafil (Cialis) boleh membantu pesakit ED. Walau bagaimanapun, pesakit-pesakit disarankan berbincang dengan doktor sebelum memulakan ubat-ubat ini.
Anda juga disarankan mengamalkan gaya hidup sihat dengan berhenti merokok, mengurangkan berat badan, memilih makanan yang sihat dan mengurangkan minuman arak jika ada. Anda juga digalakkan menggunakan perkhidmatan kaunseling jika masalah ED membawa stress terhadap anda dan pasangan anda.