
Sulit
4 tahun
Ada rasa keras di bahagian abdomen kanan sy
Sy berunur 35 tahun tidak mengalami sebarang masalah period
Mempunyai anak seorg… baru2 ni saya mengurut dan tukang urut sudah 2x nyatakan ade rasa keras di perut bahagian kanan bawah … kedudukan selari dengan pusat sy… lazimnya bahagian tersebut bahagian apa ya doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Maklumat yang diberikan terlalu ringkas dan menyukarkan kami untuk membuat kesimpulan bagi membantu anda menangani masalah ini. Justeru pemeriksaan yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu ketulan pada perut. Untuk makluman anda, masalah ini boleh merujuk kepada beberapa penjelasan, antaranya:
- hernia atau bahasa awamnya adalah angin pasang
- lipoma yaitu ketulan lemak
- penyakit keradangan pelvik
- limfadenitis
- sembelit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.