Sulit
4 tahun
Ada rasa sakit sikit ketika pancut
Saya umur 20.seorang melancapp…bila pancut ada rasa sakit sikit …apakah ubat saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera
Terima kasih atas soalan yang diajukan
Berdasarkan kenyataan anda, saya memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, rasa sakit tersebut dapat disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- Luka atau kecederaan pada salur kencing
Untuk pengubatan pula, ia bergantung kepada penyebab daripada masalah anda tersebut. Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

































