
Sulit
3 tahun
Ada sedikit ketulan darah macam darah period selama 3 hari sahaja
Saya umur 26 tahun belum berkahwin , last period saya 29/4/21 , saya sudah lmbat datang period 7 hari . Selepas seminggu lebih dtg period 29/4/21 tu saya ade alami keputihan brcampur darah ketulan . Sikit shaja. Kenapa ya doctor ? Adakah sebab itu saya lambat datang haid ?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang telah diajukan
Berdasarkan keterangan yang diberikan, saya memahami anda mengalami masalah haid lewat dan keputihan bercampur darah
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan emosi
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Kesan sampingan pil perancang kehamilan
Penyakit yang lebih serius yang boleh menyebabkan gejala-gejala tersebut yang memerlukan pemeriksaan lanjut adalah:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovaro atau serviks
- Jangkitan pada kemaluan
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi