
Sulit
5 tahun
Ada symptoms Covid dan perlu membuat saringan ke
Saya mengalami gejala kesukaran bernafas dan sakit dada sejak 26/3 dan belarutan sehingga sekarang. 30/3 saya dh start sakit tekak dan batuk. Saya juga ada gejala sakit- sakit sendi badan. Pada 31/3 suhu badan saya mencecah 37.4 dan sy ada mkn panadol. Sy x ada sejarah perjalanan ke luar negara sepanjang bln Feb dan march dan tidak ada contact rapat dengan mana2 pesakit +ve covid-19. Bagaimana untuk memastikan sy +ve atau tidak covid. Perlukan buat saringan.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, selain daripada penyakit jangkitan COVID-19, masalah sesak nafas, sakit tekak dan batuk boleh juga disebabkan oleh:
Masalah sesak nafas:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Masalah batuk:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Masalah sakit tekak:
- Tonsilitis
- Pharyngitis
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini