
Sulit
4 tahun
Ada tanda hamil bila baca tanda2x hamil tapi bila check hcg hasil negatif
Saya wanita umur 24 tahun, Saya baru berkahwin tahun lepas. Tapi berapa minggu ni Saya rasa selalu muntah dan lelangit Saya rasa macam besi tu, makan pun memilih(kalau salah makan mesti muntah balik),sekarang Saya dh 4 Hari lewat period, keluar keputihan smpi kadang kena pakai pantiliner walau kt rumah, payudara pun bila picit jadi sakit dan Saya x boleh duduk lama sbb cepat sakit blkg dan suami saya minta Sya untuk check guna hcg tapi hasilnya negatif. Tapi Saya x pasti samada Saya hamil atau sebab Saya ada penyakit KLIPPEL FEIL SYNDROM dimana Saya hanya fikir Saya sakit belakang kerana sakit Saya itu.
Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Untuk makluman anda, ujian UPT ini adalah lebih baik diambil pada 1 minggu selepas tarikh haid yang terlepas, ataupun 2 minggu selepas tarikh bersama suami, bagi mendapatkan keputusan yang tepat mengenai kehamilan anda. Ujian UPT ini berfungsi dengan mengesan hormon kehamilan iaitu HCG yang mengalir pada darah anda, dan hormon HCG ini hanya akan dirembeskan dalam badan jika terdapat persenyewaan dalam rahim yang berjaya. Kemungkinan jika anda mengambil ujian tersebut pada 2 hari selepas bersama suami akan menunjukkan keputusan palsu ataupun keputusan negatif, kerana rembesan hormon HCG tersebut adalah masih pada kadar yang rendah.
Bagi mengenalpasti kondisi rahim atau kesihatan anda yang sebenar, anda boleh cuba melakukan ujian kehamilan sekali lagi dengan cara yang betul. ATau berjumpa dengan doktor di klinikyang terdekat agar pemeriksaan yang lebih teliti boleh dilaksanakan terlebih dahulu.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.