nurulatirah1908
4 tahun
Ada tanda2 hamil tapi test negatif
Hai, saya remaja berumur 16 tahun. Saya mempunyai beberapa tanda hamil seperti perut kembung dan kadang2 cramped. Dan dh hampir 5 atau 6 minggu sejak kali terakhir saya berhubungan intim dan period saya tak datang hampir 2 bulan. Period saya juga kadangkala tidak menentu. Saya sudah check 2 kali dengan test pack mengikut prosedur yang betul dengan panduan orang dewasa, tapi keputusannya negatif. Adakah ini disebabkan hCG yang kurang atau disebabkan oleh perkara yang lain?
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, selain daripada kehamilan, haid lewat boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

























