
Sulit
4 tahun
Ada tumbuh nanah dekat tepi dubur
Saya lelaki umur 31 tahun, saya dah lama mengalami keadaan macam ni, saya perasan tepi dubur sya selalu timbul bisul dan bernanah. Adakah disebab kan saya obesiti?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Penjagaan dubur dan kawasan sekitarnya yang kurang bersih
- Fistula-in-ano
- Dermatitis
- Ekzema
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.