
Sulit
5 tahun
Ada urat di kantung testis saya
Sya lelaki bermumur 17 tahun sya takut apa apa terjadi kepada sya seperti mandul testis sebelah kiri sya seperti jatuh sedikit sya takut kerana mcm berurat sedikit

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Anatomi normal kantung zakar - kantung sebelah kiri pada kebiasaannya adalah rendah sedikit
- Varikosele - apabila saluran darah pada kantung zakar membengkak
- Alahan dermatitis - seperti alahan pada kain seluar dalam
- Orkitis - keradangan buah zakar
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.