
Sulit
4 tahun
Adakah akan Upt positif sebelum period
Assalamualaikum doktor…sy wanita berumur 30 tahun…sy nk bertanya adakah upt akan positif jika hormon period tggi??sblm ni sy pernah dpt upt positif dan delay period selama 4 hari…kemudian keluar darah…cek upt dah negatif…pergi klinik doktor bgtau upt positif sbb hormon period tggi…scan rahim pom tebal je…skrg sy dpt upt positif kli k2 slpas trun darah bulan 9 baru ni…adakah upt kali ni sy pregnant?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kehamilan.
ntuk maklumat anda, ujian UPT menggunakan hormon hCG dimana jika terdapat hormon tersebut memberi gambaran yang anda sedang hamil. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja ujian UPT apabila lewat haid dan disebabkan perubahan jumlah hormon tersebut di dalam badan, ia mengakibatkan sesetengah ujian kabur dan terang berbeza mengikut hari dan individu. Namun, secara kesimpulannya, jika ianya positif, maka keseluruhan ujian adalah positif walaupun garisan itu nampak seperti samar dan kabur.
Anda disarankan untuk melakukan beberapa kaedah di bawah untuk memastikan kualiti kit ujian kehamilan.
- Ulang ujian kehamilan selepas dua minggu untuk memastikan konsistensi mendapat keputusan yang tepat.
- Pastikan air kencing yang digunakan untuk menguji adalah sampel yang pertama pada waktu pagi.
- Memastikan kit ujian kehamilan yang digunakan belum tamat tempoh penggunaan dan masih boleh digunakan.
- Ujian kehamilan harus disimpan di tempat yang sesuai seperti dalam almari dan tidak terdedah kepada cahaya matahari.
- Semasa pembelian kit ujian kehamilan, anda dikehendaki menyemak kadar sensitiviti yang tertera agar pengguna mendapat keputusan yang tepat.
- Keputusan ujian kehamilan harus segera dibaca dalam tempoh 5 minit dan tidak lebih setelah sampel air kencing diambil kerana bimbang akan mendatangkan keputusan yang tidak tepat jika dibiarkan begitu lama.
- Melawat doktor sakit puan untuk mendapatkan pemeriksaan ‘ultrasound’ atau rawatan lain untuk mendapatkan kepastian.
Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi .
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.