
Sulit
3 tahun
Adakah autism boleh dirawat?
Anak saya berumur 12 tahun. Dia memang lambat bercakap .Tapi dia boleh bercakap agak lewat. Saya ingat autism ni dari segi percakapan sahaja. Tapi Saya baru ja baca ciri2 lain hari ini baru Saya perasan anak saya ada ciri2 itu.Dia memang jenis tidak boleh ditegur dan paling sedih dia tidak memahi perasan orang terutama kami ibubapa . Dia tidak kami sedih tengok perangai ya. Tania makan dan tidur memang pelik dia tidak minat makan.Kalau kami kejut bangun tidur dia mengamuk dan marah kami.Dia kurang kawan sebab dia tidak faham kawan2.Adakah dia masih boleh dibuat I?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan yang anda alami. Untuk maklumat anda, antara ciri-ciri autisme ialah:
- Masalah kemahiran sosial
- Masalah kemahiran komunikasi
- Mempunyai minat dan kelakuan yang aneh
- Sering mengamuk
- Tabiat makan dan tidur yang aneh
- Terlebih aktif (Hyperactivity)
- Panas baran
- Bertindak melulu
- Sukar untuk fokus
- Cenderung untuk mncederakan diri sendiri
- Mood yang tidak normal dan sering kali tidak stabil
- Terlalu takut atau tidak mempunyai perasaan takut
- Reaksi yang keterlaluan atau tidak sesuai
Tiada ubat atau rawatan untuk anak autism tetapi mereka boleh dibantu melalui terapi yang membolehkan mereka mengurus diri, belajar dan berkomunikasi dengan orang lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.