Sulit
3 tahun
Adakah benar PCOS boleh menyebabkan seseorang menghidap kanser?
Saya wanita berusia dalam sekitar 20an dan baru berkahwin. Sebelum ini saya pernah tidak datang bulan selama hampir atau lebih dari 2 tahun. Tapi, pada bulan 5 dan 8 tahun 2019, haid saya datang seperti normal seolah-olah seperti tidak ada masalah. Selepas itu, kitaran haid saya kembali tidak muncul. Kini, kitaran haid saya datang semula selepas kali terakhir saya datang bulan pada bulan 8 tahun lepas dan sekarang berada di hari kedua haid saya. Saya ada terbaca tentang PCOS dan hampir kesemua simptom PCOS ada pada diri saya. Apakah saya berisiko untuk menghidap kanser dan apakah peluang untuk saya mengandung tipis? Terima kasih.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, PCOS memberi kesan kepada semua bahagian tubuh badan, bukan hanya sistem reproduksi wanita. Ia meningkatkan risiko wanita mendapat penyakit serius yang mungkin mempunyai kesan sepanjang hayat.
PCOS terjadi disebabkan rintangan insulin sehingga menyebabkan peningkatan risiko diabetes (kencing manis), penyakit kardiovaskular (sakit jantung) dan sindrom metabolik (seperti gemuk, kolesterol tinggi dan sebagainya). Wanita yang menghidapi PCOS juga cenderung mempunyai keadaan yang disebut hiperplasia endometrium, di mana lapisan rahim menjadi terlalu tebal. Keadaan ini meningkatkan risiko mendapat kanser endometrium.
Merujuk kepada peluang untuk hamil, langkah pertama adalah memastikan ovulasi terjadi. Bagi wanita yang mengalami berat badan berlebihan, penurunan berat badan adalah digalakkan bagi memastikan ovulasi terjadi. Ubat juga boleh digunakan untuk meregulasi ovulasi. Pembedahan pada ovari adalah pilihan terakhir digunakan apabila rawatan lain tidak berfungsi. Walau bagaimanapun, kesan jangka panjang prosedur pembedahan adalah tidak jelas.
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.