
Sulit
4 tahun
Adakah berkemungkinan anemia datang balik?
selamat sejatera doktor.saya berumur 16 tahun dan saya pernah ada anemia beberapa bulan yang lalu disebabkan kekurangan darah merah dan setelah makan ubat yang dinasihatkan doktor klinik dan membuat ujian darah sekali lagi, saya sudah semakin baik dan ok…tetapi saya masih rasa pening ketika saya bangun dari duduk…adakah penyakit anemia itu dah datang balik pada saya akibat kekurangan darah?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dehidrasi
- tekanan darah rendah
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- BPPV
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Anda perlu memeriksa darah anda bagi mengenalpasti jika anda mengalami anemia kembali
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.