
Anonymous
6 tahun
Adakah berlaku jangkitan HIV dengan jilatan?
Hai doktor saya ada 1 kemusykilan…adakah berlaku jangkitan virus hiv jika seseorang lelaki bhg zakarnya dijilat sehingga berlaku ejakulasi tetapi di luar mulut si pelaku…Zakar lelaki itu tiada luka…Lelaki ini telah membuat ujian hiv…test yg pertama 2 minggu dr tarikh kejadian…result negatif…test yg kedua 1 bln dr tarikh…result non reactive…lelaki ini terlalu takut…

6 tahun
Hai. Salam sejahtera dan terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Kebarangkalian untuk seseorang individu mendapat jangkitan HIV melalui seks oral adalah sangat rendah. Namun, peratusannya akan menjadi sedikit tinggi sekiranya terdapat luka pada mulut pasangan lelaki tersebut yang sudah dijangkiti oleh virus ini. Tiada luka pada zakar tidak akan menghalang penyebaran jangkitan daripada terjadi kerana virus masih boleh memasuki tubuh melalui salur kencing, tetapi seperti apa yang telah dinyatakan di atas, kemungkinan lelaki itu untuk mendapat jangkitan adalah rendah, walaupun pasangannya berstatus HIV-positif.
Ujian HIV hanya boleh menjadi tepat dalam tempoh 28 hari sehingga 3 bulan. Oleh itu, keputusan daripada ujian pertama boleh dikatakan tidak boleh digunapakai. Keputusan ujian kedua juga mungkin boleh dipercayai tetapi bagi menghilangkan ketakutan yang dialami lelaki tersebut, adalah dinasihatkan untuknya supaya menjalani satu lagi ujian setelah tempoh tiga bulan dari tarikh berkenaan.
Pada masa akan datang, lelaki tersebut perlu mengambil sedikit masa untuk mengambil tahu tentang status kesihatan pasangan. Walaupun kebarangkalian jangkitan HIV melalui seks oral adalah rendah, namun terdapat banyak lagi jangkitan kelamin lain yang boleh berlaku. Bejumpa dengan doktor atau kanselor juga boleh membantu dalam menjawab persoalan dan kerunsingan.

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Perbuatan menjilat zakar mendatangkan risiko tinggi kerana HIV hanya memerlukan luka kecil sahaja untuk disebarkan. Golongan yang mengamalkan perbuatan berisiko tinggi seperti penagih dadah dan pengamal hubungan seks bebas mempunyai risiko tinggi untuk menghidap jangkitan HIV.
Ujian rapid test HIV merupakan sejenis ujian saringan untuk jangkitan HIV. Jika seseorang itu baru terdedah kepada sumber jangkitan HIV, ujian saringan boleh memberi keputusan negatif walaupun seseorang itu telah menghidap jangkitan HIV. Hal ini demikian rapid test HIV digunakan untuk mengesan antibodi terhadap HIV di dalam badan kita dan antibodi tersebut boleh mengambil masa sehingga 4 minggu untuk dihasilkan.
Inilah sebab sesetenngah pesakit harus mengulangi ujian tersebut sebulan kemudian. Jika keputusan untuk kedua-dua kali ujian tersebut adalah negatif, maka pesakit tersebut tidak menghidap jangkitan HIV.