
Sulit
3 tahun
Adakah boleh mengadung jika selapuy dara masih ada tapi kawan terpancut di area vagina?
Saya wanita berumur 20 tahun , tidak pernah melakukan seks , tapi pernah melakukan oral seks dimana kawan saya telah memancut kan air mani nya di area vagina saya . Adakah saya boleh mengandung ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, syarat untuk terjadinya kehamilan adalah terjadinya pertemuan antara sperma daripada lelaki dan juga ovum daripada wanita di dalam rahim. Untuk pengetahuan anda, sperma yang terdapat pada cairan mani mempunyai jangka waktu hidup yang tertentu jika berada di luar tubuh. Selagi mana air mani tersebut tidak masuk ke dalam vagina anda, ia bermakna bahawa risiko anda akan mengandung adalah rendah kerana sperma akan mati dalam masa beberapa ketika jika berada di dalam tubuh. Akan tetapi, jika air mani tersebut telah telah masuk ke dalam vagina anda, kemungkinan risiko anda untuk hamil adalah tinggi.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan