
Sulit
4 tahun
Adakah boleh mengandung walaupun tidak bersetubuh?
saya wanita 20 an telah melakukan hubungan dgn teman lelaki saya. tangannya telah memegang kemaluan saya. Walaubagaimanapun, saya masih ada dara. setelah beberapa hari saya dapati saya terlepas tarikh haid saya. jadi, adakah saya mengandung ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kehamilan boleh berlaku jika pasangan atau suami memasukkan zakar ke dalam faraj dan melepaskan air mani ke dalam faraj.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Untuk makluman anda, selain daripada hamil, haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda boleh melakukan ujian kehamilan sekali lagi setelah dua minggu lewat haid daripada tarikah sepatutnya.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.