
Sulit
5 tahun
Adakah boleh menyebabkan kemahilan?
Saya wanita 20an. Sy nak bertanya. Adakah boleh menyebabkan mengandung jika air mani yang tersentuh di jari lelaki kemudian lelaki tersebut menjolok jari ke dalam lubang kemaluan perempuan? Air mani yang melekat di jari tu dilap terlebih dahulu sebelum disentuh di kemaluan perempuan. Inginkan jawapan yang jelas. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, setiap kontak seksual tanpa perlindungan adalah berpotensi menyebabkan kehamilan lebih-lebih lagi jika tidak mengamalkan perancang kehamilan. Seandainya ragu status kehamilan, adalah digalakkan melakukan pemeriksaan air kencing (UPT) untuk mengkonfirmasi status kehamilan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.