
Sulit
3 tahun
Adakah darah period tak teratur itu wajar pada umur 18 dan keluar hnya sedikit kdg kdg keluar hanya time kencing saja
saya wanita berumur 18 tahun ingin bertanya adakah masih wajar period x teratur dan hanya keluar sedikit tetapi keluar tu kdg kdg hnya time buang air. saya juga nak tanya adakah keluar darah semasa buang air itu satu penyakit. sebab saya agak pelik lately dlm 2/3 bulan ni sy buang air keluar darah sedikit tpi bukan darah haid

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa lagi informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai gejala kelancaran period yang berterusan, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor atau doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- Peningkatan ketidakstabilan hormon
- Masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - Penyakit-penyakit lain seperti gangguan tiroid yang terlalu aktif, sindrom ovari polisistik (PCOS), dll.
- Gangguan hormon yang lain
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.