Sulit
3 tahun
Adakah dikira hamil jika melakukan oral seks?
jilaadakah saya akan hamil hanya dengan melakulan oral seks tanpa mengeluarkan air mani dan saya period bukan spotting. adakah boleh mengandung ?
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, kehamilan akan berlaku jika air mani masuk ke dalam rahim wanita dan ianya berlaku pada waktu ovulasi atau kesuburan wanita tersebut. Jika wanita sedang haid, peluang untuk hamil adalah sangat rendah. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan UPT jika anda mengalami kelewatan haid.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.