Sulit
3 tahun
Adakah dry orgasm boleh menyebabkan wanita hamil
adakah dry orgasm lelaki boleh menyebabkan wanita hamil sekiranya bersetubuh saat wanita subur? dan adakah dry orgasm ni berbahaya kepada lelaki
3 tahun
Terima kasih atas soalan anda
Dry Orgasm merujuk kepada kondisi di mana seseorang itu tidak mengalami ejakulasi ketika mencapi klimaks. Perkara ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Sebagai contoh
- Pesakit yang mengalami masalah saraf
- Pesakit kencing manis
- Saluran sperma yang tersumbat
- Kekurangan hormon testosterone
- Pernah menjalani pembedah prostat
Anda juga bertanyakan adakah perkara kondisi ini masih boleh untuk membuatkan pasangan anda hamil ? Perkara ini bergantung kepada tahap keseriusan masalah ini. Jika ia tidak berlarutan, nescaya ia tidak memberikan impak kepada kesuburan. Namun pemeriksaan lanjut perlu untuk dilakukan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar sakit tuan atau doktor pakar urologi mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.