Sulit
3 tahun
Adakah gegata simptom covid-19
Saya wanita berumur 25 tahun, sejak kebelakangan ini sering tumbuh hehatan(hives) diseluruh badan. Saya dapati keluarga saya termasuk ibu dan abang sayajuga mengalqmi perkara yang sama. Saya ada terbaca beberapa artikel berkenaan covid-19 dimana gegata merpakan salah satu simptom covid-19. Adakah ianya simptom yang patut saya khuatiri?
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Namun begitu saya kurang pasti mengenai info apa yang anda mahu.
Untuk pengetahuan anda, gegata bukanlah simptom lazim bagi jangkitan COVID-19. Berikut adalah simptom 2019 Novel Coronavirus:
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Demam
- Sesak nafas
- Sakit badan
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini