Anonymous
6 tahun
Adakah gejala ini di anggap Mati pucuk
Suami saya memang tdk merokok,dn dulu dia sakit buah pinggang dn pembesran nya trbantut…maksudnya ahli kluarga semua badan besr² hnya dia shaja trbntut mcm bdk tgkatan 5…sdangkn umor sudah 34thun…jd bila kwin…ujian berat buat kami…namun saya lah byak berpuasa…dlm hubungan suami istri krn dia xblh nk bg saya kepuasan @ apa apa shaja…td sya ada tnya. Dktr ada jwab psl prmatang dn lemah syahwat…jd bgaimana utk sye iktiar…trima ksh sgt² krn sudi bg penerangan…sikit sebanyak dpt membantu saya
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan maklumat terhad dari puan, gejala atau masalah pancut awal dipanggil ejakulasi pramatang. Ia keadaan dimana ereksi zakar tidak dapat bertahan sekurang-kurangnya 1 minit setelah penetrasi. Gejala ini selalunya disebabkan oleh faktor psikologi.
Masalah ejakulasi pramatang juga selalunya disertai oleh masalah lemah syahwat atau mati pucuk. Penyebabnya adalah:
Antara punca-punca yang menyebabkan mati pucuk adalah seperti:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Cara merawat Mati Pucuk adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Kaedah pengubahsuaian gaya hidup termasuklah
a) Amalkan gaya hidup sihat
b) Kurangkan berat badan
c) Elakkan merokok
- Dalam kebanyakan kes, ejakulasi pramatang mempunyai prognosis yang baik. Walaubagaimanapun, jika masalah itu membimbangkan, doktor boleh mengesyorkan kaunseling daripada ahli terapi yang pakar dalam hubungan seksual, atau “pasangan terapi.”
- Sesetengah terapi topikal boleh digunakan pada buah zakar sebelum seks, dengan atau tanpa kondom.
- Rawatan di rumah untuk membantu lelaki yang menghadapi masalah ini adalah
- Kaedah permulaan dan hentian: cara ini bertujuan untuk meningkatkan kawalan seseorang terhadap ejakulasi. Sama ada lelaki atau pasangannya menghentikan rangsangan seksual pada ketika dia merasa dia akan mempunyai orgasme, dan kembali merangsang apabila sensasi orgasme telah reda.
- Penyelidik telah mendapati bahawa latihan Kegel, yang bertujuan untuk menguatkan otot bawah pinggul, boleh membantu lelaki dengan ejakulasi pramatang seumur hidup. Antara terapi fizikal yang boleh dijalani adalah:
- fisio-kinesioterapi untuk mencapai penguncupan otot
- elektrostimulasi lantai perineum
- “biofeedback” yang membantu mereka memahami bagaimana mengawal kontraksi otot di lantai perineum.
Anda dan suami dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar sakit tuan atau ‘Urologist’ bagi membincangkan hal ini dengan lebih mendalam seterusnya mencari penyelesaian terbaik atau klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan konsultasi lanjut. Terima kasih.




















