
Sulit
4 tahun
Adakah greentea mengganggu penyerapan vitamin C?
Doktor, saya mengamalkan vitamin C pada waktu pagi dan greentea pada waktu malam, jadi adakah ia akan menjejaskan penyerapan vitamin C kerana ada yg beritahu saya bahawa greentea itu juga adalah caffeine dan caffeine akn menjejaskan penyerapan vitamin C. Adakah itu benar?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Vitamin C dalam badan hanya akan berkurangan jika jarang memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Anda diminta menjauhi orang yang memberikan fakta yang tidak berasas itu. Teh hijau mengandungi antioksidan yang boleh menambahbaik fungsi otak, menurunkan risiko penyakit kencing manis dan membantu mempercepat seseorang untuk menguruskan badan
Oleh itu, Vitamin C tidak akan menurun dalam badan jika mengambil green tea
Anda dinasihati untuk mengamalkan pemakanan seimbang berdasarkan piramid makanan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.