
Norma
6 tahun
Adakah haid berpanjangan saya ini kesan suntikan perancang keluarga?
Hai…
Saya nak bertanya,tentang suntikan perancang keluarga…selepas saya pergi suntik perancang keluarga,waktu haid saya sekarang dah nak masuk 3 minggu…adakah haid saya perpanjangan @ atau memang ambil suntikan perancang keluarga macam tu doktor?

6 tahun
Hai. Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Suntikan perancang keluarga mengandungi hormon analog yang mempunyai sifat yang sama dengan progestron. Suntikan ini akan diberi setiap 3 bulan dan mempunyai peratusan pencegahan kehamilan yang tinggi, lebih dari 99%. Dengan itu, para wanita yang memilih untuk mengambil suntikan yang turut dinamakan Depo-provera ini tidak perlu untuk mengambil pil setiap hari, dimana ianya agak melecehkan.
Antara kesan sampingan pengambilan suntikan Depo-provera ini adalah pendarahan yang berlaku di antara tempoh ‘period’, haid yang datang dengan tidak teratur dan haid yang lebih berpanjangan dari biasa. Perkara ini biasa berlaku terutamanya dalam tempoh selepas suntikan pertama atau kedua.
Selepas suntikan kali ketiga atau keempat, anda seharusnya tidak akan mengalami masalah seperti yang dihadapi sekarang. Sekiranya masalah masih berlaku, anda perlu segera bertemu dengan doktor untuk mendapat rawatan yang selanjutnya.