
Khalida
6 tahun
Adakah haid ini normal selepas ambil suntikan perancang?
Hai selamat malam.saya berusia 27 tahun,masih dalam pantang.ini anak pertama,selapas genap sebulan bersalin, saya ambil perancang keluarga secara suntik,lepas 2 hari saya datang haid(5/12/17) dan smpi sekrang haid masih ada(30/1/18)…adakah itu normal?

6 tahun
Hai. Terima kasih kerana bertanyakan soalan.
Darah haid yang keluar pada tempoh yang sangat lama merupakan salah satu dari kesan sampingan pengambilan suntikan pencegahan kehamilan ini. Mengikut pengeluar, hampir 40% dari wanita yang disuntik hanya akan bebas dari keluar haid selepas tempoh 6 bulan. Setelah satu tahun, 57% pula akan bebas dari kesan sampingan sepenuhnya.
Ini kerana badan puan masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan hormone progesteron yang disuntik tersebut, seterusnya mengakibatkan sedikit gangguan kepada kitaran haid.
Pada kebiasannya, jumlah darah yang keluar hanyalah sedikit namun adalah normal juga untuk puan menghadapi pendarahan yang lebih lama dari tempoh ‘period’ biasa.
Sekiranya masalah yang sama masih berulang selepas puan mengambil suntikan ketiga atau ke empat, puan disarankan untuk bertemu dengan doktor untuk rawatan selanjutnya. Puan mungkin akan dibekalkan dengan ubat-ubat yang boleh menghentikan pendarahan seperti pil estrogen,tranexamic acid atau mefenamic acid.
Selain dari itu, puan juga boleh mula membuat kajian sendiri mengenai alternatif pencegahan kehamilan yang lain. Perancangan keluarga haruslah bersifat mesra pengguna dan oleh kerana itu, puan perlu membuat pilihan yang terbaik untuk puan dan keluarga. Antara cara pencegahan kehamilan yang lain adalah intrauterine device (IUCD), bilateral tubal ligation (BTL), cara alami atau pengambilan pil.