Sulit
4 tahun
Adakah haid saya normal
Assalamualaikum…sy berumur 30tahun…adakah normal haid sy jika lewat sebulan? Minggu lepas sy dh buat test kehamilan…result test tu 1 line je…selang 3 hari lps tu ade kesan pd kwsan seluar…tp tak bnyk…lebih kurang 4 titis je…x berlendir mcm period…
Sblum2 ni haid sy datang tiap2 bulan & lama…biasanya belas2 hari…dah setahun lebih sy mengalami haid berpanjangan dan sikit2…adakah masalah sy normal?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami
Kami memahami kerisauan anda tentang masalah kitaran haid yang terlambat selama satu bulan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain seperti ujian darah dan ultrasound.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda diwaktu yang akan datang, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul. Namun lazimnya haid merupakan salah satu tanda jelas tidak berlaku kehamilan.
Untuk pengetahuan anda juga, gejala haid lewat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan emosi
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Namun haid yang terlambat juga boleh menandakan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Dengan itu, anda digalakkan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi

























