
Sulit
4 tahun
Adakah hamil sekiranya bersetubuh sehari sebelum due period
Hii saya wanita 20an , adakah akan hamil sekiranya bersetubuh (14/3) sehari sebelum due period . Tetapi period masih belum keluar sehingga harini . Kitaran period saya tidak teratur

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda, sukar untuk kami pastikan sama ada anda hamil ataupun tidak memandangkan anda menyatakan kitaran haid anda tidak teratur. Anda boleh menggunakan kit ujian kehamilan sebagai saringan awal untuk melihat sama ada keputusannya positif atau negatif. Sekiranya positif, sila berjumpa dengan doktor untuk membuat pengesahan kehamilan.
Berikut merupakan beberapa sebab yang biasa dilaporkan bersama masalah haid yang tidak teratur:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan ubatan hormon seperti pil perancang keluarga
- Penggunaan ubat-ubatan
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.