
Sulit
4 tahun
Adakah hospital akan membuat HIV test keatas darah sebelum pembedahan?
salam sejahtera. sy pernah membuat perkara yg mempunyai risiko jangkitan HIV dalam tempoh masa 1-2 tahun lepas. Pada tahun ini sy disahkan mengidap testicular canser. Sy sudah menjalani pembedahan pada bulan jun lepas dan kini baru selesai menjalani kemoterapi. Sy pernah terbaca yg antara punca testicular canser adalah penyakit HIV. Soalan sy adalah, sebelum menjalani pembedahan, adakah hospital akan membuat HIV test ke atas darah sy?tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan kalangan doktor bahawa ujian HIV sebelum prosedur pembedahan perlu dilakukan untuk meningkatkan pengawalan jangkitan terhadap pakar bedah supaya kesihatan mereka terjamin.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, jika anda merasakan anda berisiko tinggi, saya sarankan anda untuk memberitahu doktor anda supaya mereka boleh melakukan langkah yang sepatutnya.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.