
Sulit
5 tahun
Adakah ia mati pucuk?
Hi dok. Saya lelaki dlm lingkungan 20an. Dulu saya memang kuat melancap tp skrg dh kurang. Air mani saya skrg agak jernih n sedikit seblom ni wanenya agak pekat n bnyk.pernah juga melancap tpi setitik pn tidak keluar. adakah ini petanda mati pucuk? ada cara nk sembuhkannya?saiz telor masih normal. mohon bantuan doc.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kurang hormon testosteron
- Kerap beronani
- Kurang mengambil makanan bernutrien
- Mengalami masalah kesihatan kencing manis
- Ketidakseimbangan hormone
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.