
Sulit
4 tahun
Adakah ia simptom covid 19
Hi doktor. Terima kasih kerana menjaga kami rakyat Malaysia. Saya sudah 2hari rasa sakit dada. Dada seperti ditekan, bengkak, rasa bahagian atas badan daya bengkak. Pinggang sakit. Rasa tegang di tengkuk. Saya tidak batuk, atau demam atau sakitvtekak. Kadang2 saya pening. Adakah ini salah satuvsimptom covid 19.

5 tahun
Salam sejahtera
Masalah dada terasa seperti ditekan boleh berpunca daripada:
- Masalah jantung
- Kecederaan pada tulang rusuk serta otot dada
- Radang gastrik
- Costochondritis
- Jangkitan paru-paru
Disamping itu, berikut merupakan gejala lazim yang dilporkan dalam individu yang terkena jangkitan coronavirus:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
Berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.