
rusdi205
5 tahun
Adakah ini Anxiety ataupun normal. Sejak dikenakan perintah bergerak saya mengalami sympton di penerangan di bawah
Hi. Badan sy rasa panas dan belakang leher akan rasa tegang tarik ke kepala sampai rasa sakit kepala setiap kali saya buka media sosial bila baca berkenan covid19 bila check temperature di ketiak suhu sekitar 35.5-36.9 tapi rasa panas semacam dan akak berpeluh dan berasa dia kawasan tekak sempit membuat sukar bernafas dan kerap terjaga pada waktu tengah malam sejak akhir ini. Adakah ni symptoms anxiety?

5 tahun
Selamat Sejahtera
Suhu demam ialah 37.5 darjah celsius keatas. Berdasarkan simptom yang dinyatakan, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom yang anda alami, boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Radang tonsil
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Tanda anxiety tidak terhad kepada simptom yang anda nyatakan. Ia termasuklah:
- Insomnia
- Sakit bahu atau tengkuk
- Mudah marah
- Kerap berfikir
Anda perlu untuk merujuk perkara ini kepada psikiatri untuk pemeriksaan lanjut. Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.