
Sulit
4 tahun
Adakah ini berpotensi untuk hamil
selamat petang doktor , saya tidak melakukan hubungan seksual , saya berumur 18tahun , saya ingin bertanya , pada 13/12/2020 hari ahad , saya ada memegang zakar lelaki , ketika saya memegang hanya keluar air mazi sahaja , lepastu air mazi tersebut terkena di bibir saya sebanyak 2 kali , tetapi saya sudah lap pada kain yang kering , beberapa minit kemudian air mani keluar dan terkena pada tangan saya , lepastu saya terus lap air mani tersebut pada kain yang kering , selang 20 minit saya basuh tangan menggunakan sabun dan lap sehingga kering , lalu makan nasi seperti biasa , sekarang dan semalam perut saya memulas sekitar pusat , adakah ini berpotensi untuk saya hamil atau tidak ada langsung potensi untuk saya hamil ? kalau saya berpotensi untuk hamil , berapa peratus untuk potensi saya hamil ? saya harap doktor dapat memberi penjelasan yang lebih mendalam kepada saya , terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami pada masa ini. Berdasarkan kenyataan anda di ruangan soalan, adalah mustahil untuk anda mengandung melainkan melalui penetrasi zakar dan faraj.Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami keadaan perut memulas:
- Keracunan makanan
- Jangkitan usus
- Jangkitan saluran kencing
- Divertikulitis
- Radang apendiks (appendicitis)
- Radang organ pelvis
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian.
Anda masih perlu berjumpa dengan doktor untuk diperiksa supaya kesimpulan dapat dibuat dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala berikut:
- Muntah-muntah dan loya
- Pening kepala
- Cirit birit
- Sakit ketika membuang air kecil
- Demam
Jika anda mempunyai masalah lain, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.