
Sulit
4 tahun
Adakah ini gerd atau sakit lain?
Saya lelaki,18 tahun,saya kerap kali batuk apabila
perut kosong dan kerap kali sendawa,saya dapati
batuk tak terlalu kerap dan hanya berlaku ketika itu sahaja
.Simptom saya dapati lama dah dalam 2 tahun tapi
tidak terlalu,cuma sekarang ni ia agak teruk sedikit
.Apa yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.
Berikut merupakan antara gejala GERD:
Pedih ulu hati yang boleh jadi lebih teruk pada waktu malam
Sakit dada
Sukar menelan
Muntah kembali makanan atau cecair yang masam
Terasa sesuatu di tekak
Akan tetapi, masalah batuk ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria atau virus
Penyakit Asma
Pneumonia
COPD
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang sesuai punca masalah yang anda hadapi haruslah diketahui terlebih dahulu. Untuk itu, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.