
Anonymous
5 tahun
Adakah ini punca suntikan perancang depo
Salam dok .Sy wanita berumur 22thn . Bulan march lepas sy ada ambil suntikan depo yg pertama . Dan slpas mngambil suntikan tersebut sya masih period smpai bulan jun skrg …adakah itu kesan suntikan depo yg xserasi dgn sy ? Brpa lamakah kesan suntikan akan hilang dari dlm bdn …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, kesan sampingan suntikan depo adalah :
- Kitaran haid yang tidak menentu (pendarahan berlebihan atau ketiadaan haid)
- Perubahan berat badan
- Sakit kepala
- Perut kembung dan rasa tidak selesa
- Senggugut
- Rambut gugur
Kebiasaannya, kesan sampingan ini adalah sementara sahaja dan berlaku di awal pengambilan suntikan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.