
Sulit
4 tahun
Adakah ini tanda awal hamil atau period
Terdapat darah coklat keluar selama 3hari setakat hari ini. Tetapi sedikit shj bkn seperti period sy yg biasa. Perkara ini start berlaku 7hari sebelum tarikh sy sepatutnya period. Jika sy buat UPT 5hari sebelum tarikh due period, adakah result itu blh digunakan utk menetukan sy hamil atau tidak? Sy keliru sy perlu solat atau tidak kerana xtahu ini darah haid atau tidak.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ujian kehamilan lebih sesuai digunakan seminggu selepas haid and tidak datang untuk mengetahui jika anda hamil ataupun tidak. Ataupun jika anda tidak mahu menunggu haid anda, anda boleh mengambil ujian kehamilan seminggu atau 2 minggu selepas melakukan seks. Pendarahan yang anda alami oleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Saya nasihatkan untuk anda ke klinik untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat tentang pendarahan yang anda alami. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.