Sulit
4 tahun
Adakah ini tanda gastrik?
Salam doktor ,sy wanita berumur 25 tahun , baru² ini saya mengalami sakit bahagian perut atas sehingga ke dada , sehingga sekarang jika sy lambat makan ,perut jadi sakit . Bagaimanakah cara untuk menyembuhkan mengelak sakit ini . Saya sangat menerima nasihat doktor ,terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami dan atas soalan yang ditujukan.
Kami faham kebimbangan anda. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami keadaan seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan:
- Ulser gastrik
- Refluks asid atau GERD
- Pankreatitis
- Jangkitan usus ( gastroenteritis )
- Keracunan makanan
- Penyakit Crohn ataupun ulcerative colitis
- Divertikulitis
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am dan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Anda juga boleh mendapatkan khidmat konsultasi di atas talian bersama dengan doktor kami. Sila klik ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.






























