
Sulit
4 tahun
Adakah ini tanda ocd?
Saya berumur 20 tahun . Dalam masa sehari saya akan melakukan sesuatu perkara dengan berulang kali . Contohnya dapur electric , saya akan pusing button power di dapur itu dari 10 hingga 50 kali untuk memastikan dapur itu tertutup . begitu juga perkara lain seperti slow volume dan silent phone . saya akan tekan button sehingga saya betul betul yakin dengan function phone saya . Selalunya saya akan lakukan dari 10 hingga 100 kali sesuatu perkara itu supaya saya tenang dan selamat . Adakah ini tanda ocd ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Mengenai masalah was-was dan OCD yang anda nyatakan, kami memerlukan info lanjut daripada anda. Pelbagai pertanyaan tentang rekod kesihatan anda seperti pengesahan daripada doktor tentang penyakit OCD ini adalah penting untuk ditanyakan. Hal ini kerana untuk menetapkan sesebuah diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti.
Oleh itu, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.